Sambutan Hari Raya Aidil Fitri – Biro Wanita Zon Pantai Timur

Menghargai Jasa, Mengukuh Silaturahim – Majlis Pasca Raya Aidilfitri KUPEKMAS Terengganu

Majlis Pasca Raya Aidilfitri Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) Negeri Terengganu yang berlangsung di Restoran Matahari pada 30 April 2025. Majlis penuh makna ini merupakan anjuran Biro Wanita Zon Pantai Timur, dan berjaya menghimpunkan wakil-wakil pesara dari tiga negeri – Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Tujuan utama majlis ini adalah untuk meraikan para pesara sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mereka semasa dalam perkhidmatan awam. Selain itu, majlis ini turut menjadi platform yang sangat baik untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pesara dan warga kerja yang hadir.

Semoga segala usaha dan majlis yang diadakan diberkati dan terus memperkukuh ukhuwah antara kita semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *