Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Anjuran Biro Wanita Zon Utara

Alhamdulillah, pada 26 April 2025, Biro Wanita Zon Utara telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan ukhuwah. Majlis ini telah menghimpunkan seramai 120 orang peserta, terdiri daripada ahli-ahli Biro Wanita serta tetamu jemputan dari pelbagai latar belakang.

Majlis ini bukan sahaja menjadi medan untuk meraikan bulan Syawal bersama-sama, tetapi turut menjadi platform mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti pesara dan anggota Biro Wanita di Zon Utara. Pelbagai juadah tradisional disajikan, dan suasana majlis diserikan dengan keakraban serta gelak tawa para hadirin.

Syabas dan tahniah kepada Biro Wanita Zon Utara atas usaha dan penganjuran yang begitu bermakna. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam menyemai semangat perpaduan dan kasih sayang sesama kita.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *