19.7.2025 (Sabtu) Sambutan Hari Pesara 2025 Peringkat Kebangsaan telah berjaya di adakan bertempat di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Seawal 7.30 pagi dewan telah di banjir Ahli Ahli pesara KUPEKMAS dari Negeri Perlis hingga ke Johor seramai lebih 600 orang. Program di bawah kelolaan urusetia KUPEKMAS Wilayah Persekutuan dan Putrajaya bersama pengurusan KUPEKMAS PUSAT telah menghasilkan perjalanan majlis yang begitu indah dan meriah.
Majlis ini telah di rasmikan oleh Datuk Azizul Rahman bin Husin Malim, wakil Khas Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Pengerusi MPP Zon Titiwangsa.
KWAP dan JPA selaku rakan stratejik KUPEKMAS turut bersama memberi perkhidmatan kepada ahli ahli yang hadir. Beberapa agensi kerajaan lain turut serta memberi perkhidmatan ialah dari Jabatan Kesihatan dan beberapa vendor seperti pemeriksaan mata serta jualan dari ahli ahli KUPEKMAS.
Pihak BERNAMA juga telah hadir memberi liputan dan menemuramah Datuk Presiden mengenai hala tuju dan harapan KUPEKMAS.