
Mesyuarat pertama bagi penganjuran Sambutan Hari Pesara 2025 telah berjaya diadakan bersama YBhg. Dato’ Tengku Said, menandakan permulaan rasmi kepada persiapan acara yang dinanti-nantikan saban tahun ini. In Sha Allah, sambutan pada tahun 2025 akan berlangsung di bandar indah Kuantan, Pahang.
Dengan semangat dan komitmen tinggi dari semua pihak yang terlibat, diharapkan penganjuran kali ini akan menjadi satu lagi detik bermakna dalam menghargai jasa dan pengorbanan para pesara yang telah menabur bakti kepada negara.