MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2025

Tkh. 18/12/2025 Mesyuarat Agung Tahunan 2025 KUPEKMAS.

PUTRAJAYA.

Masa : 08.30 pagi

Tempat : Dewan Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2025 Kali Ke 8/2025.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh YBhg Datuk Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir – Presiden Perbadanan Putrajaya.

Kehadiran seramai 245 ahli KUPEKMAS perwakilan dari Negeri-Negeri semenanjung Malaysia.

Turut hadir mesyuarat,

1. YBhg Datuk Hj Omar bin Osman – Presiden KUPEKMAS.

2. Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, SUA, PSU, Bendahari, AMJKT.

4. Perwakilan dari Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia.

Usul-usul dibentang semula dan di luluskan :-

1. Pertukaran Alamat :- Lot 2511, Jalan Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur.

2. Status keahlian ASH disahkan sebagai Ahli Biasa. Mulai tahun 2022 semua ahli perlu bayar yuran Tahunan RM 12.00 untuk kekal aktif sebagai ahli KUPEKMAS.

3. Nama baru “Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS). Angka (1) digugurkan.

4. Lambang dan logo Bendera Malaysia boleh digunakan mulai tahun 2025.

5. Membatalkan kelayakan keahlian Pesara sektor swasta dan suami/isteri/anak Ahli Seumur Hidup (ASH).

6. Kelayakan masuk menjadi ahli.

– di hadkan kepada semua Pesara Penjawat Awam termasuk PDRM dan ATM.

– menerima pencen bulanan dan memiliki kad pesara.

– Tidak lagi menerima Pesara dikalangan 5 badan berkanun.

7. Tiada had umur pesara bagi ahli baru dan tempoh 3 bulan kelayakan mendapat faedah.

8. Mengujudkan Lembaga Disiplin / Tatatertib.

9. Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan dipinda ke Persidangan Perwakilan Tri Tahunan.

– memilih AMJKT dan Juru Audit untuk tempoh 3 tahun.

– Persidangan Perwakilan Tahunan tiada pemilihan jawatan AMJKT dan Juru Audit.

Keputusan Mesyuarat setuju sebulat suara keatas 9 usul-usul diatas.

Mesyuarat ditangguh jam 1:00 tengahari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *