Pada 16 Disember 2024, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-07 telah berlangsung dengan jayanya di Institut Sosial Malaysia (ISM), Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang ahli KUPEKMAS yang mewakili seluruh negeri.
Mesyuarat ini menyaksikan pemilihan Jawatankuasa bagi sesi 2024–2026 yang dijalankan melalui proses undian oleh wakil-wakil negeri. Beberapa muka baharu telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab di peringkat pengurusan tertinggi serta Ahli Majlis Jawatankuasa Tertinggi (AMJKT). (Keputusan penuh pemilihan dilampirkan bersama.)
Namun demikian, pada 13 Februari 2025, dalam satu mesyuarat Pengurusan Tertinggi yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), satu perubahan penting telah berlaku. Tuan Haji Rahim Mahad, selaku Setiausaha Agung, telah mengemukakan permohonan perletakan jawatan atas sebab-sebab peribadi. Permohonan tersebut telah diterima secara rasmi dalam mesyuarat tersebut.
Bagi memastikan kelangsungan pentadbiran, jawatan Setiausaha Agung telah digantikan oleh Encik Johari, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung.
Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat meneruskan legasi kecemerlangan KUPEKMAS dan terus memperjuangkan kebajikan para pesara di seluruh negara.

