Laporan post mortem Bengkel Pengurusan Organisasi – Sistem Database

Bengkel tersebut berjaya di adakan pada 30 Mei hingga 1 Jun 2025 bertempat di Institut Sosial Malaysia Kuala Lumpur. Kehadiran seramai 35 orang ahli kupekmas dari semua negeri/cawangan KUPEKMAS dan ajk Pengurusan Tertinggi KUPEKMAS berjumlah 36 orang. Program ini adalah susulan dari bengkel yg pertama yg pernah di adakan pada tahun 2022.

Hasil bengkel
1. Telah dapat memberi kefahaman yang jelas kepada pesert di tambah pula dengan latihan amali yg di bimbing oleh Fasilitator IT, tn Hj Nizam yg juga pengasas kepada pembinaan data base KUPEKMAS sejak 2022.
2. Latihan ini akan memastikan semua negeri akan guna pakai sistem data base yg di bina dan KUPEKMAS akan selari dengan teknologi yg terkini.
3. Peringkat permulaan kursus ini, pengetahuan peserta hanya kepada peserta dari beberapa negeri sahaja, tetapi di akhir bengkel, semua peserta dari negeri negeri faham dan akan komited untuk menguruskan sistem database ini.
4. Bengkel ini berjaya kerana berjaya menyediakan kefahaman dan pengurusan database yg sama dan laporan dari negeri negeri khasnya mengenai laporan yuran tahunan, laporan ahli baru, laporan tuntutan sumbangan kematian dan tuntutan hospital dapat di selaraskan.
5. Dengan terbina nya database yg sistematik dan lengkap setiap negeri, di jangka maklumat ini boleh di sebarkan kepada ahli di peringkat akar umbi agar ahli lebih yakin kepada pengurusan KUPEKMAS sekali gus dapat menambah KEYAKINAN dan MINAT untuk penambahan ahli ahli dari kalangan penjawat awam yang baru bersara menyertai Pertubuhan Pesara Kerajaan (KUPEKMAS)

Tindakan susulan selepas bengkel
1. Semua peserta adalah bertanggungjawab menguruskan pengkalan data di peringkat negeri. Password kepada pengkalan data ini adalah hak individu yg hadir dan tidak dibenarkan kongsi dengan ajk atau ahli lain yg tidak berkenaan bertujuan mengawal penggunaan sistem ini.
2. Semua peserta perlu update database ini terutama di ruangan DATA AHLI BARU, DATA TUNTUTAN KEBAJIKAN, DATA YURAN TAHUNAN.
3. Laporan pertama mengenai jumlah yuran tahunan 2024 dan 2025 perlu di sediakan sebelum penghujung bulan JULAI 2025 dan hantar melalui email kepada Bendahari.
4. Semua ahli yang hadir telah di iktirafkan oleh Datuk Presiden sebagai ahli TEAM IT KUPEKMAS MALAYSIA. Tanpa mengira jawatan mereka di peringkat negeri, mereka yg telah berjaya menjalani kursus ini akan juga di libatkan dalam program program khas KUPEKMAS Peringkat Kebangsaan.
5. Ahli TEAM IT KUPEKMAS akan juga di libatkan dalam mesyuarat khas untuk pembentangan hasil laporan setiap negeri.
6. Bengkel ini akan di teruskan lagi mungkin dengan peningkatan database 3.0 kepada 4.0.
7. Sebarang kemuskilan dan pertanyaan lanjut mengenai urusan data base boleh lah sentiasa di bincang dalam group whatsap TEAM IT KUPEKMAS atau boleh terus berhubung dengan Fasilatator TN HJ NIZAM (0169331437) atau Bendahari PUAN THUKKIYAH (0133245922) atau penyelaras program HJH ZURAINA – NP2 (0194442500)
8. Kerjasama semua di minta untuk sentiasa melayari Portal Kupekmas Malaysia untuk mengetahui berita resmi Kupekmas dari masa ke semasa dan juga menghantar berita aktiviti negeri di laman Facebook Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *