Kelab ini di tubuhkan adalah bagi memberi khidmat nasihat kepada ahli yang menghadapi masalah dengan pihak kerajaan berkaitan hal persaraan & kebajikan.
Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia atau ringkasnya KUPEKMAS ini ditubuhkan oleh beberapa orang bekas pemimpin CUEPACS dan Kesatuan Sekerja Sektor Awam yang telah bersara setelah dimaklumkan dan mendapat restu daripada Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia