
Bayaran yuran tahunan sebanyak RM12.00 mungkin kecil nilainya, namun besar ertinya kepada rakan-rakan pesara yang memerlukan.
“Sumbangan kecil, impak besar – Bayar yuran tahunan demi kebajikan bersama.”
Dengan membayar yuran ini, anda bukan sahaja diiktiraf sebagai ahli aktif KUPEKMAS, tetapi turut menyokong perjuangan dalam menjaga kebajikan pesara kerajaan seluruh negara.
KUPEKMAS ialah wadah kita bersama. Di sinilah tempat kita bersatu, bersuara dan bertindak demi mempertahankan hak dan kebajikan sebagai pesara.
Marilah terus menyokong KUPEKMAS.
Bayar yuran tahunan anda hari ini –
RM12 setahun, untuk kekuatan dan solidariti berterusan.