LAPORAN LAWATAN KERJA DATUK PRESIDEN KUPEKMAS KE NEGERI-NEGERI BAGI TUJUAN PENUBUHAN JAWATANKUASA NEGERI
1. Pengenalan
Selepas selesai Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-07 pada 16 Disember 2024, Datuk Presiden KUPEKMAS telah mengumumkan inisiatif untuk mengadakan lawatan rasmi ke semua negeri. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melantik Jawatankuasa Negeri yang terdiri daripada:
• Pengerusi
• Naib Pengerusi (Keahlian)
• Naib Pengerusi (Kebajikan)
• Setiausaha
• Bendahari
• Ketua Biro Wanita
2. Objektif Lawatan
• Menyelaraskan struktur organisasi KUPEKMAS di peringkat negeri.
• Meningkatkan jumlah keahlian KUPEKMAS di seluruh negara.
• Memperkemaskan kutipan yuran tahunan sebanyak RM12 yang telah diperkenalkan sejak tahun 2022.
• Menyatukan semua pesara kerajaan di bawah satu entiti yang kukuh iaitu KUPEKMAS.
3. Jadual Lawatan
3 Januari 2025 | Perak
13 Januari 2025 | Johor
14 Januari 2025 | Negeri Sembilan dan Melaka
15 Januari 2025 | Wilayah Persekutuan dan Selangor
21 Januari 2025 | Pahang
22 Januari 2025 | Terengganu
23 Januari 2025 | Kelantan
3 Februari 2025 | Kedah dan Perlis
4 Februari 2025 | Pulau Pinang
4. Penutup
Lawatan ini diharapkan akan memberikan nafas baharu kepada pentadbiran KUPEKMAS di peringkat negeri dan mengukuhkan lagi peranan persatuan dalam memperjuangkan kebajikan pesara di seluruh negara.


